Carian
Cisco Memulakan Pendekatan Panduan Keselamatan Siber Yang Lebih Bijak Kepada Organisasi Malaysia
November 13, 2018 Liyana

Cisco melalui kajian mereka iaitu Kajian Keupayaan Keamanan Asia Pasifik menunjukkan kesedaran ancaman siber yang dihadapi oleh perusahaan Malaysia masih lagi berada ditahap rendah.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, sebanyak 51 peratus menyatakan bahawa perusahaan di Malaysia menerima lebih daripada 5,000 ancaman siber setiap hari dan hanya 44 peratus sahaja yang bertindak dan diperbetulkan. Ini menunjukkan bahawa lebih banyak tenaga siber yang diperlukan untuk membantu keselamatan syarikat profesional di Malaysia bagi menangani landskap ancaman siber ini.

Albert ChaiPengarah Urusan Cisco Malaysia, menyatakan inovasi dan pengangkatan digital menjadi tema utama di Malaysia. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk tema ini diperhatikan kerana inovasi digital dan peralatan ini juga menghadapi cabaran baru terutama pada aspek keselamatan siber. Keupayaan untuk menangani risiko ini adalah penting dalam memastikan kejayaan jangka panjang ekosistem digital Malaysia diperkukuhkan.

Selain itu, turut hadir Victor LoKetua Keselamatan Siber, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), berpendapat pengusaha syarikat juga perlu memahami bahawa kelengkapan kemahiran dan keupayaan dalam pengetahuan siber adalah penting untuk membina bentuk siber yang mantap. Dalam hal ini, syarikat Malaysia dilihat lebih baik dengan mencapai 59 peratus, keutamaan latihan kemahiran kakitangan selepas berlakunya serangan siber bagi organisasi mereka. Manakala keutamaan kemahiran bagi organisasi di pasaran maju mencapai peratusan, iaitu di Korea (54%), Singapura (46%) dan Jepun (33%).

Menurut kajian berkenaan serangan siber, 33 peratus responden di Malaysia mengatakan mereka telah melihat serangan siber pada infrastruktur operasi mereka, 36 peratus pula mengatakan mereka menjangkakan serangan yang sama bakal berlaku pada mereka dalam tempoh setahun akan datang.

Serangan siber juga memberikan kesan kepada kos kewangan. Antara kerugian serangan yang dialami dalam tempoh dua belas bulan lepas, 53 peratus berkata ia menelan belanja sebanyak 500,000 USD$ (RM2.078 juta) atau lebih, 47 peratus berkata kos itu adalah 1 juta USD$ (RM4.16 juta) atau lebih dan 11 peratus berkata ia berharga 10 juta USD$ (RM41.6 juta) atau lebih. Ini termasuk kos dari kehilangan pendapatan, kehilangan pelanggan, dan perbelanjaan penyelenggaraan sistem.

Memandangkan skala ancaman siber ini semakin meningkat, Cisco menjangkakan pengawasan dasar keselamatan akan turut meningkat dalam tempoh satu tahun akan datang daripada semua pihak yang berkepentingan. Terutamanya pelanggan mereka yang ingin memastikan data mereka dilindungi.

Melalui perbincangan bulat, semua pihak mempunyai kepentingan tersendiri bagi memastikan infrastruktur, proses dan teknologi yang betul disediakan untuk meneruskan dan memperkuat pertumbuhan digital. Kekurangan bakat global dalam industri perlu dititikberatkan oleh pengusaha untuk memastikan tenaga manusia dapat menyokong pemanduan digital negara dengan cara yang mampan.

Komen