Carian
Samsung Membuka Pendaftaran “Linux On Dex” Untuk Galaxy Note 9 Dan Tab S4
November 9, 2018 Aman

Samsung sebelum ini telah mengumumkan perancangan menawarkan sistem operasi Linux melalui penawaran DeX mereka. Kini, selari dengannya, Samsung telah pun mengumumkan Linux untuk Dex, dan membuka pendaftaran untuk para pengguna seluruh dunia mengujinya.

Samsung Dex Linux

Melalui Linux on Dex, pengguna boleh menikmati pengalaman penggunaan Linux penuh dengan hanya menghubungkan telefon Samsung mereka. Ini sekaligus memudahkan pengguna peranti Samsung untuk mengakses ciri penuh sistem operasi, terutamanya dalam pembangunan aplikasi, dan menyunting sejumlah dokumen dengan lebih efisyen melaluinya.


Buat masa ini, pendaftaran beta untuk “Linux on Dex” ini ditawarkan dalam bentuk beta untuk Galaxy Note 9 dan Galaxy Tab S4. Bagi pengguna yang mempunyai peranti ini, anda boleh membuat pendaftaran untuk mencubanya hari ini.

https://www.youtube.com/watch?v=SgMHhrO8d8s

Komen