Carian
Pengguna Windows 10 Pro Mengalami Masalah Lesen Dipadamkan Secara Rawak
November 9, 2018 Nazrin

Tidak cukup dengan masalah fail dipadamkan apabila kemaskini terbaru Windows 10 dimuat-turun, nampaknya terdapat para pengguna sistem operasi Windows 10 yang mengalami masalah dimana lesen sistem operasi mereka dipadamkan secara rawak.

Para pengguna sistem operasi tersebut telah membuat laporan di laman Reddit mengatakan bahawa lesen sistem operasi Windows 10 Pro mereka dipadamkan.

Apabila mereka cuba memasukkan nombor lesen tersebut, mesej popup keluar mengatakan bahawa mereka menggunakan sistem operasi Windows 10 Pro, tetapi lesen yang dimasukkan mereka adalah lesen untuk Windows 10 Home Edition.

Microsoft sedar akan masalah ini, dan sedang berusaha untuk memperbaiki isu ini secepat mungkin.

Komen