Kementerian Pendidikan Melancarkan Sistem e-Scroll Untuk Mengatasi Masalah Ijazah Palsu

Kementerian Pendidikan Melancarkan Sistem e-Scroll Untuk Mengatasi Masalah Ijazah Palsu

Diterbitkan pada November 9, 2018 oleh .

Salah satu masalah yang dihadapi dalam pengeluaran sijil oleh universiti dan kolej adalah kehadiran sijil palsu oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab. Kini, dalam usaha mengatasinya, Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan sistem e-scroll atau Sistem Pengeluaran dan Pengesahan Universiti.

Melalui pengenalan sistem ini, para pelajar akan menerima ijazah menggunakan kod khas sistem berkenaan. Sistem ini turut dikatakan menggunakan teknologi rantaian-blok bagi mengatasi masalah ijazah palsu. Sistem ini telah dibangunkan bersama oleh konsortium yang disertai enam universiti awam tempatan, dan diketuai oleh UIAM.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menjadi universiti pertama yang menggunakan sistem e-Scroll ini pada Istiadat Konvokesyen yang akan diadakan esok.


TIPS & ULASAN