Samsung Bakal Memperkenalkan Cip Pemprosesan Exynos Baru Dengan Integrasi NPU Pada 14 November

Samsung Bakal Memperkenalkan Cip Pemprosesan Exynos Baru Dengan Integrasi NPU Pada 14 November

Diterbitkan pada November 9, 2018 oleh .

Samsung hari ini telah hadir dengan gambar acah untuk pengenalan cip pemprosesan Exynos berkuasa mereka yang seterusnya, memperlihatkan ia bakal dilancarkan kepada umum pada 14 November 2018 kelak.

Samsung Exynos NPU

Melalui gambar acah yang diperlihatkan, Samsung memberikan petanda yang mana sokongan kecerdasan buatan melalui NPU (Neural Processing Unit) bakal diintegrasikan pada cip pemprosesan baru berkenaan.

Dengan pelbagai pengeluar menggunakan rekaan berasaskan 7-nanometer, kita mungkin dapat menjangkakan Samsung melakukan perkara sama dengan cip Exynos terbaru ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 14 November ini untuk mengetahui lanjut mengenai apa yang dibawakan oleh cip Exynos ini.


TIPS & ULASAN