Cari @ Amanz

Facebook Melancarkan Lasso – Pesaing Untuk TikTok

Oleh Aman

Link Copied!

Facebook hari ini dilihat telah melancarkan sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai Lasso. Aplikasi ini hanya ditawarkan dibeberapa buah negara sahaja buat masa ini, dan masih tidak boleh digunakan oleh pengguna tempatan.

Lasso merupakan sebuah aplikasi yang memudahkan pengguna menghasilkan video ringkas yang disertai lagu padanya – lebih kurang sama seperti apa yang ditawarkan oleh TikTok.

Facebook Lasso

Ramai memperkatakan langkah ini diambil oleh Facebook selepas ramai pengguna muda dan remaja lebih aktif menggunakan TikTok dari hari ke hari.

Melalui Lasso juga, kandungan yang dihasilkan turut boleh dikongsikan ke profil Facebook sebagai Facebook Stories. Integrasi sama untuk dikongsikan sebagai Instagram Stories dijangka menyusul tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan melancarkan aplikasi Lasso ini pada peringkat global.


Komen ()