Carian
Tema Gelap Pada Android Boleh Menjimatkan Penggunaan Bateri Sehingga 60%
November 10, 2018 Effi Saharudin

Tema gelap pada peranti Android dipopularkan oleh OnePlus menerusi pelancar Oxygen OS mereka. Menerusi Android Pie, penggunaan tema gelap mula diaktifkan kepada pengguna yang ingin menggunakannya. Pihak Google telah berkongsi data mengenai berapakah penjimatan bateri yang boleh dinikmati pengguna apabila mengguna tema ini ketika acara Android Dev Summit beberapa hari yang lalu.

Sebagai contoh tema gelap pada aplikasi YouTube boleh menjimatkan bateri sehingga 60% apabila skrin di tahap keterangan maksimum dan video dijedakan. Apabila video dimainkan pula, penjimatan adalah sekitar 43%. Penjimatan bateri juga dilihat dalam  mod gelap aplikasi Gboard dan Maps.

Kami secara peribadi sudah lama mengaktifkan mod gelap dalam pelbagai aplikasi Android sekiranya ia ditawarkan. Selain menjimatkan pengguna bateri, ia turut mengurangkan silau pada mata terutamanya ketika digunakan pada waktu malam. Dengan hayat bateri peranti yang semakin lama semakin kurang memuaskan, pengguna mod gelap ialah langkah penyelesaian mudah yang boleh diambil kesemua pengguna.

Komen