Fungsi terbaru pada Samsung Galaxy Note 9 ialah S-Pen yang kini mempunyai sokongan bluetooth. Ia boleh dijadikan pemicu kamera, alat kawalan jauh untuk melakukan pembentangan dan menatal gambar pada galeri tanpa sentuhan skrin. Fungsi yang ditawarkan masih lagi terhad dan hanya disokong aplikasi keluaran mereka. Di acara Samsung Developer Conference yang baru berakhir mereka akhirnya membuka akses kepada fungsi ini untuk pembangun aplikasi.
SDK rasmi untuk sistem bluetooth S-Pen kini boleh dimuat turun dan pembangun digalakkan untuk menyertakan fungsinya pada aplikasi mereka. Sebagai pengguna S=Pen yang tegar, kami mahukan sokongan pada aplikasi popular seperti Instagram, Spotify dan Twitter. Sebagai contoh aplikasi kamera Instagram menyokong rakaman video dengan menekan butang S-Pen bagi memulakan sesi Instagram Live misalany.