LHDN Tubuh Unit Khas Untuk Menyiasat Individu Yang Memaparkan Harga Kekayaan Di Media Sosial

LHDN Tubuh Unit Khas Untuk Menyiasat Individu Yang Memaparkan Harga Kekayaan Di Media Sosial

Diterbitkan pada November 11, 2018 oleh .

Pada hari ini, dengan perkembangan arena media sosial, ia membuatkan sesetengah individu yang berkongsi pelbagai harta kekayaan melaluinya, termasuk dari segi pendapatan, barang kemas, pakaian mewah, kereta mewah dan sebagainya. Adakalanya, terdapat individu yang memaparkan kekayaan mereka, tetapi tidak mempunyai rekod pengisytiharaan pendapatan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kini, pihak LHDN mengatakan, mereka menubuhkan satu unit khas yang akan menyiasat individu yang memaparkan harta kekayaan luar biasa mereka melalui media sosial. Pihak LHDN akan memantau dan membandingkan sama ada apa yang dipaparkan di media sosial adalah selari dengan rekod individu berkenaan di LHDN atau sebaliknya.

Sekiranya terdapat keraguan dan sebagainya, maka pihak LHDN akan menghantar surat meminta penjelasan daripada individu berkaitan.

Seperti biasa, sekiranya anda mengisytihar pendapatan anda bersama pihak LHDN, anda tidak perlu bimbang dan risau dalam berkongsi pelbagai perkara milik anda di arena media sosial.


TIPS & ULASAN