Milo merupakan jenama minuman yang tidak asing lagi bagi pengguna tempatan. Malah ia juga adalah minuman yang sering ditempah pengguna apabila ke kedai makan. Hal ini membuatkan ia tidak begitu mengejutkan apabila permintaan untuk Milo adalah sangat tinggi dikalangan pengguna media sosial.
Berkongsi mengenainya, Lazada mengatakan dalam tempoh dua jam pertama, platform berkenaan menyaksikan lebih 2.7 ton Milo terjual – sekaligus menjadikan ia adalah antara barangan terhangat melalui platform berkenaan bersempena jualan 11.11.
Lazada sendiri telah menawarkan promosi yang agak baik untuk Milo, dimana pada awalnya, ia ditawarkan pada harga RM0.99 untuk 200 gram, selain turut menawarkan kod diskaun untuk pembelian melebihi RM150, atau RM300.
Bagi anda sendiri, adakah anda membeli Milo melalui platform Lazada pada 11.11?
How many milo dinosaur would you make with 2.7 TONNE of milo? ?
Looks like a lot of people will become sihat dan kuat with all the milo that we sold in the first 2 hours of Lazada 11.11 shopping festival!Buy now as THE BIGGEST ONE DAY SALE is happening!#MyLazada1111 pic.twitter.com/rMgJ8ArOh5
— Lazada Malaysia (@LazadaMY) November 11, 2018