Kita di penghujung 2018 dan jumlah peranti yang menerima kemas kini Android Pie semakin bertambah. Bagi pemilik Sony XZ Premium, Xperia XZ1 dan XZ1 Compact. kemas kini Android Pie secara OTA mula ditawarkan hujung minggu yang lalu. Kemaskini ini sebenarnya hadir lebih lewat dari tarikh asal yang dijanjikan iaitu 26 Oktober yang lalu.
Selain membawakan sistem operasi terkini, ia turut mengaktifkan mod rakaman 960FPS pada tetapan 1080P, rakaman video HDR dan tampalan sekuriti untuk bulan Oktober. Sedikit mengecewakan Android Pie pada peranti Xperia tidak menyokong sistem navigasi berasaskan gesture seperti yang ditemui pada peranti Pixel.