Carian
Cloudflare Melancarkan Aplikasi DNS 1.1.1.1 Untuk Pengguna Android Dan iOS
November 11, 2018 Aman

Cloudflare sebelum ini telah mengumumkan penawaran perkhidmatan DNS tersendiri, iaitu 1.1.1.1. Ia pada awalnya dibuka kepada akses kepada semua pengguna, terutamanya pengguna komputer. Kini, dalam usaha memudahkan lagi pengguna peranti mudah-alih menggunakan khidmat berkenaan, Cloudflare telah melancarkan aplikasi khusus untuknya bagi pengguna peranti Android, iPhone dan iPad.

1.1.1.1

Melalui aplikasi ini, ia memudahkan pengguna peranti mudah-alih menggunakan khidmat DNS 1.1.1.1 tanpa keperluan melakukan tetapan secara manual.

Selepas memasang aplikasi berkenaan, anda boleh aktifkan penggunaan DNS 1.1.1.1 dengan mudah, mahupun sekiranya ingin mematikannya. Pihak Cloudflare mengatakan ia menjanjikan pengalaman yang lebih selamat – selain secara tidak langsung memberikan akses yang lebih laju untuk laman-laman yang menggunakan perkhidmatan DNS Cloudflare.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi DNS 1.1.1.1 ini di Android dan iOS hari ini.

Komen