Cari @ Amanz

Saya telah menggunakan fon kepala sejak 1980. Ada sebuah foto saya berusia setahun dengan sepasang fon telinga Sony milik ayah dan sebuah Walkman. Sejak itu saya lebih gemar menggunakan fon kepala berbanding fon telinga. Masalah utama yang sudah saya alami sejak dua dekad ialah kadang kala memasang fon kepala terbalik. Akibatnya audio juga terbalik apabila mendengar dalam mod stereo.

Masalah turun-temurun ini mungkin akan akhirnya diselesaikan menerusi paten yang difailkan oleh Apple. Sistem multi-mikrofon digunakan pada fon kepala membolehkan ia mengesan telinga kiri dan kanan pemakai. Ini dilakukan dengan mengesan suara pemakai. Berdasarkan tahap kekuatan suara pemakai, fon kepala boleh mengetahui orientasinya pada kepala. Ia kemudian akan memastikan audio kiri dimainkan pada telinga kiri dan sebaliknya. Dengan ini pengguna tidak perlu lagi mencari ikon “R” untuk telinga kanan setiap kali fon kepala ingin dipakai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd