Cari @ Amanz

Adobe Photoshop ialah perisian yang kami gunakan setiap hari untuk menyunting gambar dan menghasilkan grafik. Ia amat berkuasa dan kini turut mempunyai kecerdasan buatan bagi memudahkan proses yang remeh. Tetapi yuran langganan tahunannya agak tinggi bagi mereka yang kesempitan wang. Sekiranya anda jatuh ke dalam kumpulan ini, anda boleh mencuba Photopea terus dari pelayar web.

Ia adalah aplikasi web percuma yang mempunyai antaramuka yang sama dengan Photoshop. Kesemua fungsi asas yang ada pada Photoshop wujud di dalam Photopea. Pelbagai format fail disokong termasuk PSD, webp dan XCF. Terdapat juga sokongan Layers dan Filter. Aplikasi web ini dibangunkan seorang diri oleh Ivan Kutskir sejak lima tahun yang lalu. Ia boleh digunakan percuma tetapi anda boleh menyokong usaha beliau dengan membayar $9.

Sebagai pengguna Photoshop tegar ini ialah alternatif menarik sekiranya perlu menyunting gambar dari komputer yang tidak dilengkapi perisian Adobe ini. Kekurangan yang kami temui ialah sokongan reka huruf yang terhad dan tiada sistem lebih kompleks seperti Content Aware Fill.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd