Carian
Starbucks Kini Mula Menerima Pembayaran Melalui WeChat Pay
November 12, 2018 Aman

WeChat Pay telah sedia ditawarkan untuk pengguna tempatan sejak beberapa bulan lepas, dan kini mereka dilihat telah mula menambah satu demi satu penjual baru dibawah platform mereka. Terkini, WeChat Pay turut dilihat telah menyokong kedai kopi popular, Starbucks.

Bersempena dengan pengenalan ini, WeChat Pay menawarkan promosi kopi pada harga serendah RM1 sehingga 25 November 2018 kelak.

WeChat Starbucks

Untuk menggunakannya di kedai, pengguna hanya perlu membuka aplikasi WeChat, seterusnya memilih “Wallet”, “Quick Pay”, dan menunjukkan kod QR berkenaan kepada kaunter di Starbucks untuk diimbas.

Bagi anda yang menggunakan WeChat, mungkin boleh menyemak penawaran Starbucks ini, dan menggunakan WeChat Pay dalam transaksi di kedai-kedai yang menerimanya.

Komen