SK Hynix Membangunkan Memori DDR4 8Gb Bersaiz 10nm

SK Hynix Membangunkan Memori DDR4 8Gb Bersaiz 10nm

Diterbitkan pada November 12, 2018 oleh .

SK Hynix ialah syarikat yang dikenali untuk rekaan cip-cip memori mereka. Terkini, mereka mengumumkan bahawa mereka baru sahaja mereka-cipta cip memori DDR4 8Gb bersaiz 10nm.

Apa yang membezakan memori DDR4 ini dengan memori DDR4 sebelum ini ialah ia mampu menampung kelajuan data 3200Mbps dengan lebih stabil.

Dalam pada itu, SK Hynix turut memperkenalkan ciri Sense Amp Control yang mengurangkan penggunaan tenaga dan juga ralat data. Ini boleh dikatakan suatu pencapaian yang cukup baik, terutamanya untuk pengurangan ralat kerana ia masalah yang kerap berlaku terutamanya apabila pembuat mengecilkan proses pembuatan memori.

SK Hynix berkata bahawa mereka akan mula mengeluarkan memori DDR4 baru ini untuk industri mesin pelayan dan komputer dahulu, sebelum menggunakannya di dalam industri lain seperti peranti-peranti pintar.


TIPS & ULASAN