Cari @ Amanz

Google Akan Mengemaskini Menu Kongsi Dalam Android

Link Copied!

Sudah banyak perubahan, kemaskini, pembaharuan dan pembaikan dalam sistem operasi Android. Baikd ari segi fungsi, ciri atau juga rekaan. Tetapi, terdapat satu fungsi yang sehingga kini masih lagi bermasalah dan juga sedikit lengah masa apabila digunakan – iaitu fungsi ‘kongsi’.

Fungsi kongsi dalam Android memang kerap bermasalah atau juga lambat dimuatkan. Kadangkala apabila fail yang dipilih ingin dikongsikan, pilihan kongsi tersebut kerap salah. Lain yang ditekan, lain yang dibuka. Oleh itu, Naib Presiden Kejuruteraan Android – Dave Burke, mengatakan perubahan menu kongsi sistem Android adalah keutamaan mereka. Menurut beliau, ia akan lebih pantas dan lebih mudah digunakan.

Fungsi kongsi ini juga akan dibina dari dasar berasaskan data-data baru. Sayang sekali, fungsi kongsi baru ini hanya akan hadir dalam versi Android yang akan datang dan mungkin tidak akan hadir dalam Android Pie sekarang.


Komen ()