Kes Pelanggaran Paten BlackBerry Dan Nokia Kini Selesai
Artikel Berkaitan

Kes Pelanggaran Paten BlackBerry Dan Nokia Kini Selesai

Diterbitkan pada November 12, 2018 oleh .

Pada Februari tahun lepas, BlackBerry telah memfailkan saman terhadap Nokia atas pelanggaran paten. Pelanggaran paten ini adalah berdasarkan piawaian rangkaian yang digunakan Nokia. BlackBerry pada pemfailan mereka mengatakan produk Nokia telah melanggar 11 paten yang difailkan oleh BlackBerry.

Kini, kes ini telah selesai. Tetapi, tiada sebarang informasi mengenai apa yang BlackBerry dan Nokia telah janjikan antara satu sama lain. Cuma apa yang pasti, piawaian rangkaian ini dikatakan adalah dalam standard 3GPP dan tiada sebarang saman boleh dikenakan.

Bagi yang tidak jelas mengenai isu ini, paten yang dilanggar oleh Nokia adalah pangkalan stesen Flexi Multiradio, kawalan rangkaian radio, dan perisian Liquid Radio yang melanggar sejumlah 11 paten. Selain itu, BlackBerry turut meminta Nokia untuk membayar pampasan dan royalti – tetapi jumlahnya tidak diumumkan.


TIPS & ULASAN