Cari @ Amanz

Aplikasi Netflix Untuk Konsol Permainan Nintendo Wii Akan Dihentikan Sokongan Pada 31 Januari 2019

Oleh Nazrin

Link Copied!

Bagi mereka yang masih mempunyai konsol permainan video Nintendo Wii, Netflix baru-baru ini telah menghantar pengumuman bahawa pihak Nintendo akan memberhentikan perkhidmatan penstriman tersebut, bersama-sama dengan aplikasi-aplikasi lain termasuklah Wii Shop Channel pada 31 Januari 2019.

Konsol Nintendo Wii mula diperkenalkan pada tahun 2006, dan telah bertahan selama 12 tahun, walaupun pihak Nintendo telah melancarkan dua konsol selepas peranti tersebut, termasuklah Nintendo Wii U dan juga Nintendo Switch, dan tidak mengambil kira pelbagai variasi konsol mudah-alih Nintendo DS dan 3DS.

Penutupan sokongan untuk perkhidmatan-perkhidmatan ini bukanlah sesuatu yang baru kerana Nintendo telah menutup pelbagai sokongan channel sejak tahun 2013 lagi.

Netflix merupakan salah satu daripada perkhidmatan yang sangat lama disokong mungkin kerana masih ramai pengguna Nintendo Wii menggunakan perkhidmatan tersebut mungkin kerana mereka tidak mempunyai televisyen yang mampu menstrim perkhidmatan tersebut secara terus.


Komen ()