Cari @ Amanz

Kami sedari di bilik tidur terdapat wayar berselirat kerana wujudnya pengecas untuk dua telefon pintar, dua tablet dan jam tangan pintar. Ia amat menyakitkan mata tetapi realiti kehidupan sekarang ialah meletakkan pengecas peranti di tepi katil adalah yang paling praktikal. Bagi mereka yang ingin sistem pengecasan yang lebih kemas di dalam bilik, PowerPic ialah antara penyelesaian yang telah dihasilkan.

Ia adalah sebuah bingkai gambar 5×7 inci yang juga merupakan sistem pengecas nirwayar terbina. Format pengecasan Qi 10W disokong membolehkan peranti pelbagai pengeluar digunakan tanpa masalah. Dengan PowerPic, pengecas di dalam bilik tidak akan kelihatan terlalu ketara. Bagi yang berminat ia dijual pada harga $80 (~RM 335) sebuah dalam warna hitam atau putih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd