Cari @ Amanz

Netflix merupakan perkhidmatan penstriman video yang popular di dunia, dimana ia menawarkan sejumlah kandungan berbentuk siri-TV dan juga filem. Malah, baru-baru ini Netflix telah mengatakan bakal hadir dengan sekitar 17 siri asli dari Asia sepanjang 2019 kelak.

Selain itu, untuk menarik pengguna dari negara-negara membangun dengan pendapatan rendah, Netflix kini mengatakan mereka bakal bereksperimen dengan pilihan pelan berharga rendah.

Buat masa ini, Netflix belum mengatakan bila dan dinegara mana mereka akan menguji hal berkenaan. Ia diketahui yang mana Netflix tidak akan mengurangkan harga pelan sedia ada, sebaliknya akan hadir dengan sebuah pilihan pelan baru untuk pasaran negara membangun ini, dan melihat maklumbalas pengguna untuknya.

Ia tidak diketahui sama ada Netflix akan mengehadkan dari segi masa tontonan, atau akan menyokongnya dengan paparan iklan untuk pelan baru ini.

Selain Netflix, salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular adalah iFlix. Perkhidmatan berkenaan menawarkan harga langganan yang jauh lebih murah berbanding Netflix, selain turut telah memperkenalkan pelan percuma pada tahun ini yang menyaksikan penawaran kandungan terhad, dan juga dijangka disokong dengan pengiklanan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd