Cari @ Amanz

Penggunaan takuk pada skrin ialah inovasi yang menerima reaksi berbeza pengguna telefon pintar. Ada yang merasakan ia perlu bagi menggunakan skrin lebih besar pada peranti tetapi mengekalkan saiz fizikal peranti yang kecil. Apple mempopularkan rekaan ini tahun lalu sehingga menjadi ikutan industri. Terkini mereka telah dianugerahkan paten untuk lubang pada bahagian skrin hadapan untuk kamera swafoto.

Paten telah difailkan pada bulan Jun tetapi hanya diterbitkan kepada umum bulan ini. Lubang berbentuk bulat terletak pada bicu kanan atas pada skrin hadapan. Ini ialah rekaan yang menyerupai skrin Infinity-O yang baru sahaja diperlihatkan oleh Samsung. Nyata sekali Apple turut mempunyai perancangan untuk mengecilkan saiz takuk skrin yang digunakan sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd