Cari @ Amanz

Oktober lalu Microsoft mengumumkan perkhidmatan penstriman permainan video Project xCloud mereka. Menerusi Project xCloud, permainan video boleh distrim pada pelbagai platform seperti konsol. PC dan peranti pintar mudah alih. Di acara Samsung Developer Conference minggu lalu, Microsoft mengumumkan perkhidmatan ini akan disokong pada peranti pintar Samsung Galaxy.

Dengan Project xCloud, kualiti grafik permainan akan konsisten tanpa mengira kemampuan memproses platform ia digunakan. Kesemua distrim menerusi awanan membolehkan ia diakses dimana-mana sahaja. Microsoft akan memulakan ujian terbuka pada tahun 2019. Dengan pengumuman ini, tidak mengejutkan jika Galaxy S10 dan Galaxy F mungkin akan menjadi peranti terawal yang boleh mengakses Project xCloud.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd