Carian
Twitter Masih Mempunyai Perancangan Memberikan Fungsi Menyunting Kicauan
November 13, 2018 Effi Saharudin

Kemampuan menyunting kicauan ialah fungsi yang paling didambakan pengguna Twitter sejak ia memulakan operasi 12 tahun yang lalu? Pelbagai alasan diberikan mengapa ia masih belum diberikan. Malahan fungsi yang tidak diperlukan seperti sokongan lebih banyak aksara pula diberikan sejak beberapa tahun yang lalu. Fungsi menyunting kicauan ini masih di dalam perancangan Twitter menurut pengasasnya Jack Dorsey.

Beliau mengesahkan jumlah suntingan mungkin akan dihadkan bagi membolehkan kesalahan ujian dan pautan URL yang salah dibetulkan. Kerisauan utama apabila fungsi suntingan diberikan ialah kandungan diubah dan memberikan imej yang buruk kepada mereka yang melakukan retweet. Sebagai insan yang tidak tahu mengeja, fungsi suntingan ini amat kami perlukan. Bagaimana pula dengan anda?

Komen