Cari @ Amanz

Shadow VR Ialah Peranti Realiti Maya Kendiri Yang Menggunakan Teknologi Vive

Link Copied!

Peranti realiti maya membolehkan dunia maya diselami tanpa perlu disambungkan kepada PC ataupun peranti realiti maya. Semakin banyak peranti realiti maya kendiri dilancarkan seperti HTC Vive Focus dan Oculus Quest. Terkini Shadow VR pula dilancarkan di China dan ia menggunakan teknologi HTC Vive.

 Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin beresolusi 2,560 x 1,440 pixel dan dijana pemproses Snapdragon 835 dan bateri sebesar 3400 mAh. Shadow VR menyokong kebebasan bergerak 6DOF dan turut hadir dengan dua alat pengawal permainan.

Dari segi rekaan ia mengingatkan kami kepada alat kawalan maya PlayStation VR. Perbezaan adalah alat kawalan Shadow VR mempunyai dua pada sesentuh dan tidak menyala. Di China peranti realiti maya kendiri ini dijual pada harga RMB 3499 (~RM 2109) sebuah.


Komen ()