Semalam telah kami laporkan di mana harga dan nama peranti dengan skrin-boleh-lipat Samsung telah tertiris. Ia mungkin akan dinamakan sebagai Samsung Galaxy F dan berharga melebihi RM7000. Terkini, Samsung turut dilaporkan akan kembali dengan peranti Galaxy dengan siri Lite.
#GalaxyS10 budget-model:
Flat “Infinity-O” Display
Dual camera
Side-mounted fingerprint sensor
4+64GB / 6+64GB / 6+128GB
Snapdragon 845 or 8150
$650-750— Ben Geskin (@VenyaGeskin1) November 12, 2018
Peranti ini dikatakan adalah Samsung Galaxy S10 Lite. Menarik sekali, ia akan hadir dengan skrin Infinity terbaru Samsung – Infinity-O. Skrin ini dikatakan adakah skrin jenis rata. Kali terakhir Samsung perkenalkan skrin rata adalah pada Samsung Galaxy S7. Turut dilaporkan adalah, peranti ini akan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 845 atau Snapdragon 8150. Dari segi memori pula, ia mungkin akan hadir dengan pilihan 4GB atau 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Harga pula dikatakan adalah sekitar $650 dan $750.
Samsung mungkin akan perkenalkan semua siri Galaxy S10 ini pada acara MWC 2019 kelak. Sama-sama kita nantikan.