Cari @ Amanz

Kecerdasan buatan yang Google hasilkan, tidak dinafikan adalah antara yang terbaik. Ini kerana Google lebih banyak mempunyai data-data orang ramai. Dengan kehebatan kecerdasan buatan Google ini. Google mengumumkan penambahbaikan fungsi ini dalam aplikasi papan kekunci Gboard.

Perkara baharu dalam Gboard yang Google umumkan adalah cadangan penggunaan emoji atau pelekat. Gboard kini mampu memahami perasaan yang diluahkan pengguna melalui teks yang ditaip. Setiap perasaan yang ditaip, cadangan emoji atau pelekat akan terpapar.

Menggunakannya juga agak mudah. Pengguna hanya perlu menaip perasaan mereka dan tekan simbol ‘G‘ yang akan berubah pada bahagian Gboard. Simbol ini sebelum berubah ia adalah logo ‘G’ Google yang biasa. Tetapi, buat masa ini hanya bahasa Inggeris sahaja yang menyokong fungsi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd