Cari @ Amanz

Konsep – Dron NET GUARD Direka Untuk Menyelamatkan Mangsa Kebakaran Di Bangunan Tinggi

Link Copied!

Mangsa melompat dari tingkat 70 ialah antara imej paling mengerikan ketika serangan bangunan World Trade Center tujuh belas tahun yang lalu. Mangsa yang tidak tahan dengan suhu yang panas kerana kebakaran melompat dari tingkat yang tinggi. Pasca 911 terdapat banyak sistem dipatenkan bagi menyelamatkan mangsa dari bangunan tinggi.

NET GUARD ialah konsep unik kerana ia menggunakan sebuah dron bagi menyelamatkan mangsa. Pada awalnya NET GUARD akan terbang seperti biasa ke kedudukan mangsa. Apabila semakin hampir ia akan terbuka untuk mengembangkan jaring yang tersimpan di dalam tubuh. Mangsa kemudian boleh melompat ke dalam jaring dan kemudian ditebangkan ke kawasan selamat. Konsep ini dihasilkan oleh sekumpulan pelajar dari Guangzhou dan memenangi anugerah di Golden Pin Concept Design Award baru-baru ini.


Komen ()