Cari @ Amanz

Honor 10 dilancarkan April lalu dan kemudian dijual di Malaysia pada harga RM1349. Ini mungkin harga jualan yang agak tinggi bagi kebanyakan pengguna. Oleh itu Honor 10 Lite akan dilancarkan pada 21 November hadapan dengan spesifikasi lebih rendah dan harga yang lebih mampu milik.

Terdapat spekulasi Honor 10 Lite dilengkapi skrin sebesar 5.84″ FHD+ dengan takuk kecil, dijana pemproses Kirin 710, memori sebesar 4GB, storan sebesar 64GB, kamera utama 13+2 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri sebesar 2900 mAh. Ini meletakkan spesifikasinya lebih rendah jika dibandingkan dengan Honor 8X yang juga sudahpun memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd