Kriptowang Harapan Coin Bakal Dibentangkan Kepada Bank Negara Malaysia Dan Perdana Menteri

Kriptowang Harapan Coin Bakal Dibentangkan Kepada Bank Negara Malaysia Dan Perdana Menteri

Diterbitkan pada November 13, 2018 oleh .

Beberapa bulan lalu, Pakatan Harapan telah memperlihatkan kertas kerja untuk kriptowang politik mereka yang dinamakan Harapan Coin. Semenjak pembentangan pertama tersebut, tidak banyak butiran yang diberitahu mengenai projek tersebut.

Terkini, New Straits Times telah melaporkan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad telah berkata bahawa beliau masih akan meneruskan projek kriptowang Harapan Coin tersebut, dan akan membentangkan kertas kerja kriptowang tersebut kepada Bank Negara Malaysia dan juga Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Akan tetapi, pembentangan tersebut tidak akan berlaku bila-bila masa lagi kerana ia bukanlah agenda yang penting buat kerajaan buat masa ini. Khalid Abdul Samad berkata lagi, penggunaan teknologi kriptowang dan rantaian blok ini akan mempunyai pelbagai kegunaan di masa hadapan, seperti memudahkan pembayaran saman, yuran dan sebagainya, manakala teknologi rantaian blok juga boleh digunakan untuk pilihan raya Pakatan Harapan yang akan berlangsung pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN