Cari @ Amanz

Pada iMac Pro tahun ini, cip T2 telah digunakan bagi tujuan keselamatan serta mengaktifkan sokongan siri. Penggunaannya kemudian dikembangkan ke iMac Pro, Mac Mini dan MacBook Air baharu. Cip ini akan melakukan ujian sekuriti pada komponen komputer setiap kali ia dihidupkan. Namun ia kini disahkan akan mendatangkan masalah kepada pengguna yang ingin membaiki komputer sendiri atau dari pihak ketiga.

Apple mengesahkan kepada The Verge bahawa cip ini akan melakukan diagnostik pasca proses baik pulih. Sekiranya komponen yang digunakan tidak menjalani ujian menggunakan perisian AST 2 System Configuration, komputer tersebut mungkin tidak boleh digunakan. Perisian AST 2 System Configuration ini hanya boleh digunakan di pusat khidmat pelanggan Apple dan pusat alat ganti yang bertauliah sahaja.

Dengan kata lain, ini akan menghalang pengguna melakukan baik pulih sendiri atau menerusi pusat yang tidak mendapat kelulusan Apple. Apple walau bagaimanapun tidak berkongsi komponen manakah apabila diganti memerlukan proses diagnostik AST 2 System Configuration ini. Mereka juga tidak mengesahkan sama ada ini adalah polisi baru.

Penggunaan sistem AST 2 System Configuration adalah bagi memastikan hanya komponen asli digunakan dan diselenggara oleh mereka yang bertauliah sahaja bagi mengelakkan penipuan. Tetapi ia juga boleh dilihat sebagai mekanisme untuk menghalang pengguna mendapatkan alat ganti pada harga yang lebih mampu milik. Sebelum ini cip T2 ini juga mengakibatkan sistem operasi Linux tidak boleh dijalankan pada komputer Mac,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd