Cari @ Amanz

Seringkali apabila kita jatuh sakit, dan perlu ke klinik untuk mendapatkan ubat dan surat sakit, kita perlu membayar klinik dahulu, sebelum mendapatkan duit balik daripada syarikat.

MEDKAD ialah sebuah aplikasi kad medikal tempatan yang memudahkan pengguna untuk membayar sebarang yuran pemeriksaan kesihatan dan juga bayaran perubatan pesakit luar.

Syarikat-syarikat hanya perlu membayar yuran insuran kepada MEDKAD untuk para pekerja mereka, dan mereka secara automatiknya akan dilindungi dibawah payung panel klinik MEDKAD, yang terdiri daripada 1300 buah klinik dan hospital di seluruh Malaysia.

Pendaftaran pengguna boleh dilakukan dengan pantas melalui aplikasi MEDKAD, dan selepas pengguna telah didaftar dan dibayar oleh syarikat, pengguna boleh menggunakan aplikasi tersebut secara terus untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di klinik panel MEDKAD, dan membayar menerusi kod QR yang tertera di dalam aplikasi tersebut.

Menurut MEDKAD lagi, pembayaran akan dibuat kepada klinik-klinik panel dalam masa lima hari bekerja secara pantas dan cekap. Aplikasi MEDKAD ini boleh dimuat-turun melalui Google Play Store dan Apple App Store secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd