Cari @ Amanz

Samsung Galaxy J4 Core Diperlihatkan – Peranti Android Go Kedua Samsung

Link Copied!

Peranti kelas permulaan masih mempunyai tempat di pasaran terutamanya di negara yang sedang membangun. Samsung Galaxy J4 Core  akhirnya diperlihatkan secara rasmi oleh syarikat gergasi Korea hari ini dan ia merupakan peranti kedua selepas Galaxy J2 Core menggunakan Android Go.

Samsung Galaxy J4 Core dilengkapi skrin 6-inci TFT, dijana pemproses 1.4 GHz empat teras, memori sebesar 1GB RAM, storan sebesar 16 GB dengan sokongan kad mikroSD sehingga 512GB. Kemampuan kamera utama adalah sebesar 8-Megapixel f/2.2 dan kamera swafoto sebesar 5-Megapixel f/2.2. Melengkapi spesifikasi peranti kelas permulaan ini ialah bateri sebesar 3300 mAh. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android Go 8.1.

Samsung masih belum mengumumkan bila Galaxy J4 Core akan dilancarkan dan juga harga jualannya. Ia walau bagaimanapun akan ditawarkan dalam warna biru, hitam dan emas.


Komen ()