WhatsApp merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Baru-baru ini, WhatsApp telah menambah sokongan WhatsApp Stickers, yang mana membolehkan anda mengeksperisi diri dengan lebih menarik lagi.
Sehingga kini, penawaran WhatsApp Stickers boleh dikatakan agak terhad – dan mungkin ia agak sukar untuk pengguna biasa menghasilkan “Stickers” anda tersendiri. Walaubagaimanapun, hal ini berubah dengan penawaran aplikasi Sticker Studio untuk pengguna peranti Android.
- Muat-Turun Sticker Studio untuk Android
Selepas anda memuat-turunnya, anda boleh mula menghasilkan WhatsApp Stickers anda serta-merta. Anda hanya perlu membuka aplikasi berkenaan, dan memilih sama ada ingin merakamkan gambar atau memilih daripada galeri gambar sedia ada.
Seterusnya, anda akan perlu melakar sekeliling gambar berkenaan yang ingin diubah kepada “Sticker”. Sebaik sahaja selesai melakar sekeliling gambar berkenaan, anda akan diberi pilihan sama ada ingin melakar dan membuat pilihan kembali, atau menyimpannya.
Anda kemudian boleh menyimpannya, dan menamakan pek “Sticker” anda. Anda perlu menambah sekurang-kurangnya sehingga tiga “Sticker” dibawah pek anda sebelum dapat menggunakannya pada aplikasi WhatsApp Messenger anda.
Selepas anda selesai menghasilkan “Sticker” anda, kemudian anda boleh tap pada ikon “WhatsApp”, dan mula menggunakannya pada aplikasi WhatsApp Messenger anda.
- Muat-Turun Sticker Studio untuk Android
- Aplikasi ini hadir dengan sokongan pengiklanan yang dipaparkan selepas anda habis melakar sesuatu “Sticker”