Cari @ Amanz

Pelbagai imej acah telah dikongsi oleh pihak Oppo Malaysia sejak akhir-akhir ini bagi memberikan petanda Oppo R17 Pro akan dilancarkan di Malaysia. Peranti ini akan akhirnya dilancarkan secara rasmi pada 22 November hadapan. Peranti ini dilengkapi dengan sistem tri-kamera utama, pengecasan Super VOOC dan pengimbas cap jari terbina dalam skrin.

Spesifikasi lain ialah skrin 6.4-inci AMOLED FHD+ bertakuk kecil, dijana pemproses Snapdragon 710, memori sebesar 8GB RAM dan storan sebesar 128GB tanpa sokongan kad mikroSD. Kamera utama ialah gabungan sensor 12+16+3D TOF. Sensor 12 Megapixel ini dilengkapi lensa dengan bukaan boleh laras f/1.5+f/2.4 manakala sensor kedua pula dilengkapi lensa f/2.6.

Kamera hadapan pula sebesar 25-Megapixel f/2.0. Dua bateri setiap satunya sebesar  1850 mAh disertakan bagi menyokong sistem pengecasan pantas Super VOOC menerusi port USB-C. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 8.1 dengan pelancar Color OS 5.2. Di China peranti ini dijual pada harga RMB 4,299 (~RM 2490). Sama-sama kita nantikan harga jualannya di Malaysia pada hari pelancaran kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd