Cari @ Amanz

Realme adalah sub-jenama dari Oppo. Antara peranti Realme yang boleh didapatkan di Malaysia adalah Realme 2, Realme 2 Pro dan Realme C1. Masalah dengan peranti Oppo sebelum ini adalah pemberian kemaskini yang sedikit lambat. Hari ini, Realme mengumumkan kemaskini ColorOS 5.2 buat kesemua model Realme termasuk Realme 1 serta pemberian kemaskini secara bulanan.

Bermula 15 November kelak, Realme 2 dan Realme C1 akan menerima kemaskini ColorOS 5.2 beserta dengan tampalan sekuriti November. Manakala, Realme 2 Pro akan mula menerima kemaskini pada 20 November ke atas berserta dengan pembaikan pada mod pilihan pembangun, satu-tatal membuang notifikasi serta ikon headset.

Setiap kemaskini ini akan hadir secara berperingkat dan mungkin akan ia mungkin akan hadir kepada pengguna sedikit lambat dari tarikh yang dijanjikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd