Cari @ Amanz

Google Chrome Hadir Dengan Squoosh – Alat Pengoptimasian Imej Berasaskan Pelayar

Link Copied!

Hari demi hari, pembangunan laman web semakin berkembang maju dan semakin hebat. Tidak lupa juga, kandungan dalam web juga semakin besar – lebih-lebih lagi saiz imej yang pasti akan memakan kuota dan mengambil masa untuk ia dimuatkan. Untuk menyelesaikan masalah ini, Google Chrome hadir dengan Squoosh.

Squoosh adalah alat pengoptimasian imej daripada Google Chrome yang berasaskan pelayar web. Contoh perkara yang Squoosh boleh lakukan adalah, dengan menggunakan WebAssembly codec imej yang biasanya tidak terdapat dalam pelayar web, ia boleh dikesan.

Selain daripada itu, ia turut menyokong pelbagai format imej termasuk MozJPEG atau WebP dan format tradisional PNG. Melalui Squoosh, imej akan jadi web-sedia. Alat ini juga boleh membuat perbandingan 1:1 antara sebelum dan selepas menggunakan Squoosh. Jika ingin mencuba, pengguna boleh terus melayari squoosh.app dan mencubanya. Ia turut akan berfungsi secara luar talian kerana ia adalah berasaskan pelayar web sepenuhnya.


Komen ()