Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S9 Mula Ditawarkan Dalam Warna Cerun Ice Blue

Link Copied!

Selain skrin bertakuk kecil, penawaran peranti di dalam warna cerun ialah trend yang kini popular di kalangan pengeluar. Huawei memulakan langkah dengan menawarkan Twilight Purple pada P20 Pro. Trend warna cerun kini juga dapat dilihat pada Samsung Galaxy S9 dan S9+ yang ditawarkan dalam warna Ice Blue di China.

Ia adalah warna cerun biru mua ke putih pada panel belakang peranti yang membuatkannya kelihatan seperti ketulan ais. Samsung Galaxy S9 Ice Blue ini hadir dengan storan sebesar 128GB dan harga jualan RMB 5499 (~RM 3315) manakala Galaxy S9+ Ice Blue pula pada harga RMB 6499 (~RM 3918). Tidak diketahui sama ada warna cerun ini akan ditawarkan kepada pasaran di luar China.


Komen ()