Huawei Akan Melancarkan Peranti Menggunakan 4 Kamera Utama – Dengan Zoom Optikal 10x

Huawei Akan Melancarkan Peranti Menggunakan 4 Kamera Utama – Dengan Zoom Optikal 10x

Diterbitkan pada November 14, 2018 oleh .

Huawei Mate 20 Pro ialah peranti yang unik di pasaran kerana ia mempunyai tiga kamera utama. Ini membolehkan ia mengambil gambar biasa, telefoto 3X dan ultra sudut lebar. Tahun hadapan kemampuan kamera peranti utama Huawei mungkin akan meningkat sekali lagi dengan pengenalan sistem catur-kamera.

Menurut laporan AndroidPit, presiden bahagian perniagaan produk pengguna Eropah barat, Walter Ji mengesahkan pihak Huawei merancang untuk melancarkan peranti dengan empat kamera utama ini pada tahun 2019. Lensa tambahan ini akan membenarkan zoom optikal sehingga 10X. Pada waktu ini Huawei Mate 20 Pro hanya mempunyai kemampuan zoom optikal 3X dan hibrid 5X. Ini menjadikan Huawei pengeluar kedua selepas Samsung yang menggunakan sistem catur-kamera utama pada peranti keluaran mereka.


TIPS & ULASAN