Samsung Galaxy S8, S8+ Dan Note 8 Akan Menerima Kemaskini Antaramuka One UI

Samsung Galaxy S8, S8+ Dan Note 8 Akan Menerima Kemaskini Antaramuka One UI

Diterbitkan pada November 14, 2018 oleh .

Antaramuka terbaru peranti Samsung iaitu One UI telah diperlihatkan minggu lalu. Ia adalah antaramuka berasaskan Android Pie yang memberikan fungsi menarik seperti tema gelap, kedudukan butang yang lebih ergonomik dan rekaan yang lebih minimalis berbanding Samsung Experience 9 sebelum ini. Ia disahkan akan diterima Galaxy S9, S9+ dan Note 9 pada bulan Januari 2019.

Ia kini disahkan akan turut diterima tiga lagi peranti iaitu Galaxy S8, S8+ dan Note 8. Ini sekaligus mengesahkan ketiga-tiga peranti mercu tahun 2017 ini akan menerima kemaskini ke Android Pie. Pemilik peranti pasti boleh menghela nafas lega kerana peranti mereka tidak dilupakan oleh Samsung. Walau bagaimanapun tarikh bila ia akan diterima masih belum diketahui.


TIPS & ULASAN