Carian
Kerajaan Akan Membangunkan Platform Data Terbuka – Mengalakkan Industri Berkongsi Data
November 14, 2018 Aman

Kerajaan pada hari ini telah sedia menawarkan platform data terbuka mereka, dinamakan Data.gov.my, membolehkan sejumlah data daripada sektor awam dikongsi secara terbuka bersama pengguna umum – dan digunakan oleh pelbagai syarikat dan pembangun dalam hadir dengan inovasi tersendiri.

Terkini, menyentuh sekali lagi berkenaan hal ini, kerajaan mengumumkan yang mana KKMM, MAMPU dan JPDP akan bekerjasama dalam membangunkan platform pusat pertukaran data terbuka.

Langkah ini dilihat akan mengalakkan bukan sahaja pihak kerajaan untuk berkongsi data mereka, tetapi juga mengalakkan industri lain dalam berkongsi data-data awam yang boleh digunakan pihak lain.

Seperti ramai sedia maklum, data adalah suatu perkara yang semakin menjadi tumpuan ramai pada masa kini, dan dikatakan sebagai “minyak” pada era digital. Malah, pelbagai syarikat yang telah memfokuskan dalam arena dataraya akhir-akhir ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada kerajaan akan hadir dengan platform serba-baru untuknya, atau akan lebih memfokuskan kepada penambah-baikkan platform Data.gov.my sedia ada – yang mana boleh dikatakan telah sekian lama tidak menerima kemaskini.

Komen