Cari @ Amanz

Kemaskini Sekuriti Android Bulan November Memaksa Pengguna Tukar Kepada Mod Tema Gelap

Link Copied!

Kemaskini tampalan sekuriti untuk Android akan hadir setiap bulan. Lebih-lebih lagi buat peranti Pixel. Bagi pengeluar lain, kadangkala kemaskininya sedikit lewat. Tampalan sekuriti bulan November untuk peranti Pixel sudah pun mula diedarkan bermula minggu lepas. Tetapi kemaskini ini mempunyai masalah dengan mod penjimatan bateri.

Masalah ini hanya berlaku jika pengguna tidak menggunakan tema gelap. Walaupun sudah ditetapkan ‘Always Off’ dan tema peranti adalah ‘Light’, apabila mod penjimatan bateri diaktifkan – mod tema gelap akan ditetapkan secara automatik. Sebelum kemaskini ini, tema gelap ini hanya akan aktif jika pengguna tetapkan sahaja. Perubahan ini bukan sahaja pada tema, tetapi juga kepada tetapan – kerana tetapan ‘Always Off’ tadi turut akan berubah kepada ‘Always On’.

Ya, tema gelap sememangnya akan membantu menjimatkan bateri sehingga 60%. Google mungkin sengaja membuat tetapan ini bagi menjaga kesihatan bateri peranti pengguna. Tetapi apabila dipaksa tukar, ia agak menjengkelkan. Kerana tidak semua pengguna gemar dengan tema gelap ini.


Komen ()