Carian
Samsung Membangunkan Alat Kawalan Jauh Televisyen Yang Menggunakan Gelombang Otak
November 14, 2018 Effi Saharudin

Pasca menonton filem Star Wars, ramai yang inginkan kuasa The Force yang membolehkan objek digerakkan dari jarak jauh. Malang sekali The Force hanyalah fiksyen sains yang keluar dari batu jemala George Lucas. Tetapi bagi mereka yang ingin mengawal televisyen menggunakan gelombang otak ia mungkin akan menjadi realiti kelak kerana sedang dibangunkan oleh Samsung.

Project Ponthius ialah projek usahasama Samsung dengan Center of Neuroprosthetics of the Ecole Polytechnique Fédérale de Lausanne (EPFL). Dengan sarung kepala khas, pemakai boleh mengawal televisyen dengan hanya berfikir. Sebanyak 64 sensor pada sarung kepala dan perisian menjejak pergerakan mata digunakan untuk sistem ini.

Sebab utama Project Ponthius dibangunkan bukanlah untuk membuatkan pengguna menjadi lebih malas. Sebaliknya ia adalah untuk kegunaan pengguna OKU lumpuh atau yang tidak mempunyai keupayaan fizikal menekan butang alat kawalan jauh. Ia kemudian boleh digunapakai untuk mengawal pelbagai lagi peralatan elektronik sekaligus membolehkan golong OKU hidup lebih berdikari di masa hadapan.

Komen