Cari @ Amanz

5 Sebab Mengapa Siri Redmi Yang Berharga Bawah RM999 Berbaloi Untuk Dimiliki

Link Copied!

Sempena Singles Day yang berlangsung 11 November yang lalu, Lazada telah memberikan harga potongan harga sehingga 90% kepada orang ramai. Setelah berakhirnya hari jualan ini, Lazada telah mengumumkan bahawa lebih 13,000 unit telefon pintar keluaran Xiaomi telah habis dijual dan telefon pintar Redmi 6A adalah model telefon pintar yang paling laris terjual di platform Lazada.

Hal ini kerana Xiaomi telah memasarkan telefon pintar mereka pada harga yang sangat mampu milik sekaligus memberi peluang kepada pengguna yang mempunyai bajet yang rendah untuk memiliki telefon pintar yang baik. Mungkin ini adalah sebab mengapa telefon pintar siri Redmi ini menjadi pilihan orang ramai dan ia berbaloi untuk dimiliki.

1. Penawaran Harga Yang Mampu Milik

Telefon pintar Redmi 6A telah menjadi telefon pintar yang paling laris terjual adalah kerana harga yang ditawarkan adalah serendah RM419. Tetapi, Xiaomi telah memberi peluang kepada orang ramai dengan menawarkan harga promosi untuk model ini pada hari Rabu sahaja pada harga hanya serendah RM349.

Walaupun siri Redmi ini dijual pada harga yang mampu milik, namun telefon pintar siri ini mempunyai kebolehan dan kemampuan yang cukup baik untuk sebuah telefon pintar daripada kelas pertengahan, permulaan dan asas.

2. Reka Bentuk Peranti Yang Moden dan Kompak

Kesemua telefon pintar model Redmi dibina dengan rekaan yang moden dan mengikuti trend terkini. Kesemua modelnya hadir dengan saiz yang selesa untuk dipegang, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Rekaan skrinnya juga dibina dengan rekaan yang cukup besar dan peranti-peranti terbaru siri Redmi ini juga boleh menyokong sistem full-screen gesture. Fungsi ini membolehkan pengguna untuk menatal skrin dengan lebih mudah dan pantas.

Rekaan skrin siri Redmi ini juga dapat memberikan kepuasan kepada anda untuk menonton tayangan gambar atau paparan permua (Permainan Mudah-Alih) dengan lebih baik. Hal ini kerana model Redmi ini hadir dengan paparan skrin cukup besar dan warna yang dipaparkan sesuai untuk membuat tontonan dalam jangka masa yang lama dan tidak menyakitkan mata.

Xiaomi juga masih lagi mengekalkan rekaan bicu audio pada kebanyakkan telefon pintar keluaran Redmi mereka. Hal ini sekaligus memberikan peluang kepada anda yang suka memakai fon telinga dalam kehidupan seharian.

3. Spesifikasi Yang Cukup Baik Untuk Sebuah Telefon Pintar Bawah RM999

Bagi sebuah telefon pintar yang dijual pada harga bawah RM999, spesifikasi untuk telefon pintar model ini boleh dikatakan agak baik. Hal ini kerana telefon pintar model ini dilancarkan dengan teknologi cip pemprosesan mereka yang terbaru pada waktu sesebuah telefon pintar itu dilancarkan.

Selain sokongan cip pemprosesan yang terkini, model keluaran Xiaomi ini juga akan menyertakan kapasiti bateri yang cukup besar untuk sesebuah telefon pintar berharga rendah. Hal ini sekaligus dapat memberikan peluang kepada anda untuk menggunakan telefon pintar dalam jangka masa yang lama sekaligus dapat memberikan pengalaman penggunaan yang baik kepada anda.

Telefon pintar terbaru model Redmi juga hadir dengan sokongan storan  yang boleh diperluaskan. Dengan rekaan spesifikasi ini, ia membolehkan anda untuk menyimpan pelbagai jenis fail dan diperluaskannya menggunakan kad mikro-SD.

4. Sokongan Kamera Dengan Bantuan Teknologi AI Beautify

Redmi Note 6 Pro

Selain hadir dengan teknologi kamera yang dapat menghasilkan efek bokeh pada gambar, sistem pembelajaran mesin yang terbina pada kamera ini juga dapat memberi keupayaan low-light yang lebih baik. Kamera telefon pintar-telefon pintar model ini juga turut dilengkapi dengan teknologi Artificial Intelligence mereka yang terbaru. Sokongan AI ini sangat membantu anda dalam menghasilkan gambar yang cantik. Hal ini kerana sokongan AI yang disertakan dapat membuat pengecaman objek dengan baik dengan hanya menggunakan fungsi AI Beautify dan AI Scene Detection.

Teknologi AI yang digunakan juga membolehkan anda untuk menyah-kuncikan peranti berasaskan wajah dengan baik. Hal ini adalah disebabkan kamera pada telefon pintar model ini dibina dengan algoritma yang mana seterusnya akan dipadankan dengan dengan data yang telah disimpan menggunakan teknologi AI mereka. Ini sekaligus membolehkan anda untuk menyah-kuncikan peranti dengan pantas dan baik. Fungsi Face Unlock dengan teknologi AI ini boleh didapati pada telefon pintar model Redmi 6A.

Antara telefon pintar siri Redmi yang menyokong teknologi kamera AI ini adalah Redmi Note 6 Pro, Redmi 6, Redmi Note 5 dan Redmi S2. Namun bagi model S2, telefon pintar ini hanya boleh dibeli melalui pengedar rasmi sahaja dan tidak melalui kedai atas talian mereka.

5. Antaramuka MIUI Yang Boleh Diubah Mengikut Kehendak Pengguna

Pihak Xiaomi telah hadir dengan antaramuka mereka yang tersendiri, dikenali sebagai MIUI. Dengan adanya antaramuka ini, anda boleh membuat kustomasi mengikut kehendak anda sendiri. Pada September yang lalu, MIUI telah mula memperkenalkan versi terbaru untuk antaramuka ini, iaitu MIUI 10.

Antara kemaskini baru yang diperkenalkan adalah antaramuka untuk Recent Apps yang baru, paparan pada Quick Settings, pelarasan suara menyerupai Android Pie, fungsi Full Screen Gesture, AI Portrait, bunyi notifikasi dan nada dering yang baru, dan pembukaan aplikasi yang lebih pantas.

Bagi memenuhi permintaan pasaran, telefon pintar model Redmi mereka yang terbaru turut dilancarkan dengan antaramuka ini. Xiaomi juga turut membolehkan pengguna telefon pintar Redmi mereka yang sebelum ini menikmati kemaskini antaramuka mereka yang baru ini.


Tahun ini, Xiaomi telah melancarkan pelbagai jenis model telefon pintar mereka seperti Redmi, Mi Mix, Blackshark dan Pocophone. Antara telefon pintar daripada model Redmi yang menjadi pilihan orang ramai adalah Redmi 6, Redmi 6A, Redmi Note 6 Pro, dan Redmi Note 5.

Xiaomi Redmi 6

Redmi 6 hadir dengan rekaan skrin 5.45 inci beresolusi HD+, menggunakan janaan pemproses Media Helio P22, dilengkapi dengan dua pilihan memori dan storan, iaitu 3/4 GB RAM bersama storan 32/64GB. Manakala bagi kameranya pula, telefon pintar model ini hadir dengan rekaan dwi kamera utama yang menggabungkan sensor 12MP bersama 5MP selain kamera hadapan 5MP. Untuk kapasiti baterinya pula, Xiaomi Redmi 6 ini dilengkapi dengan bateri sebesar 3000 mAh dan dijual di pasaran Malaysia pada harga RM499.

Beli :  Xiaomi Redmi 6

Xiaomi Redmi 6A

Masih dalam keluarga Redmi 6, telefon pintar daripada Xiaomi iaitu Redmi 6A dibina dengan saiz skrin sebesar 5.45 inci HD+, dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio A22, kapasiti bateri sebesar 3000 mAh, dilengkapi dengan memori sebesar 2GB RAM bersama storan 16GB. Untuk sokongan kameranya pula, telefon pintar model ini hadir menggunakan sensor 13MP untuk kamera utama dan 5MP untuk kamera hadapan. Di Malaysia, Redmi 6A ini boleh didapati pada harga RM373.

Beli :  Xiaomi Redmi 6A

Xiaomi Redmi Note 6 Pro

Redmi Note 6 Pro

Bagi telefon pintar Redmi Note 6 Pro pula, telefon pintar ini membawakan rekaan skrin 6.26 inci beresolusi IPS LCD, dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 636, sokongan memori sehingga 4GB RAM bersama storan sehingga 64GB. Telefon pintar ini juga dibina dengan rekaan dwi kamera hadapan yang menggabungkan sensor 20MP bersama 5MP dan dwi kamera belakang yang menggabungkan sensor 12MP bersama 5MP. Redmi Note 6 Pro hadir dengan dua pilihan memori dan storan. Untuk model dengan memori 4GB bersama 64GB storan, ia dijual pada harga RM849. Manakala bagi model dengan 4GB RAM bersama 64GB storan pula dijual pada harga RM999.

Xiaomi Redmi Note 5

Xiaomi Redmi Note 5 pula telah dilancarkan di Malaysia dengan membawakan rekaan skrin bersaiz 5.99 inci dengan paparan HD penuh bernisbah 18:9, menggunakan janaan cip Snapdragon 636, sokongan memori sehingga 4GB RAM bersama ruangan storan sehingga 64GB. Untuk rekaan kamera, telefon pintar ini dilengkapi dengan dwi kamera belakang yang menggabungkan lensa 12MP dan 5MP selain kamera hadapan 13MP dengan sokongan pencahayaan lembut. Telefon pintar ini juga turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4000 mAh dan dijual di Malaysia pada harga bermula RM799 untuk pilihan storan 3GB RAM/32GB storan dan RM999 untuk pilihan storan 4GB RAM/64GB storan.


Jadi sekiranya anda mencari sebuah telefon pintar pada harga bajet dan dapat beroperasi dengan bagus, telefon pintar jenama Xiaomi merupakan antara pilihan yang baik untuk anda. Walaupun telefon pintar model ini dijual pada harga yang rendah, tetapi telefon pintar keluaran Xiaomi ini dibina dengan teknologi mereka yang terkini sekaligus menjadikannya antara peranti yang berbaloi untuk dimiliki. Bagi anda yang berminat, boleh membuat pembelian telefon pintar keluaran Xiaomi ini di laman rasmi atau melalui pengedar-pengedar rasmi mereka.

Penafian: Advertorial Dari Xiaomi


Komen ()