Cari @ Amanz

MSI Menawarkan Diskaun RM 500 Untuk Setiap Pembelian Laptop Siri Gaming Terpilih

Oleh Lina Rosli

Link Copied!

Peranti keluaran MSI sudah semestinya sinonim dengan tahap kelancaran dan kehebatan yang hampir maksimum dalam melakukan tugasan biasa atau ketika bermain permainan video. Tidak hairanlah MSI menjadi salah satu peneraju barangan jenama gaming. Terkini, MSI menawarkan lebih banyak penawaran hebat buat semua penggemar jenama ini. Bermula 12 November sehingga 2 Disember ini, pengguna boleh mendapatkan tiga tawaran secara serentak di atas setiap pembelian model komputer riba terpilih yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core-i9 dan Core-i7 generasi kelapan.

Salah satu tawaran dari MSI, yang mana pengguna boleh mendapatkan promosi diskaun bernilai RM 500 untuk pembelian laptop MSI termasuk peranti siri GE, GP, dan GL. Buat penggemar Call of Duty: Black Ops 4 pula, anda boleh mendapatkan permainan video ini secara percuma dengan pembelian peranti MSI terpilih. Untuk penebusan perisian Call of Duty: Black Ops 4, ianya sah sehingga 30 Mei 2019 yang mana kod penebusan perlu ditebus selewat-lewatnya 30 hari selepas Master Key diaktifkan.

Menerusi tawaran ini, pengguna turut boleh mendapatkan Pek Perisian Pencipta (Creator Software Pack) yang bernilai hampir USD400 (~RM1676). Ia tertakluk kepada model yang yang menyokong perisian ini termasuk PS42, Aegis 3, Trident 3 dan semua siri laptop gaming MSI. Antara perisian yang boleh didapati di pek ini adalah MAGIX Movie Edit Pro Plus 2018, MAGIX Fastcut, PC Mover Express serta Samplitude Music Studio. Tawaran ini bermula 1 September sehingga 31 Disember 2018. Bagi pengguna yang berminat, anda boleh memuat turun perisian selewat-lewatnya sebelum 20 Januari 2019. Walau bagaimanapun, perisian ini tidak terdapat di Republik China (PRC) manakala PC Mover Express tidak terdapat di Jepun.

Bagi pembelian yang memenuhi terma dan syarat, pengguna boleh mendapatkan pelan perisian pencipta premium secara percuma yang membolehkan pengguna untuk melakukan lebih banyak aktiviti dengan peranti. Untuk menebus dan memuat turun kedua-dua perisian tersebut, pengguna perlu memiliki satu atau lebih produk MSI yang terpilih dan mendaftarkannya di laman rasmi MSI bagi mendapatkan Master Key. Tarikh invois bagi setiap peranti hendaklah di antara 5 November 2018 sehingga 30 April 2019.

Buat penggemar yang ingin memiliki salah satu peranti keluaran MSI ini, anda boleh mendapatkannya di kedai fizikal MSI, mahupun pembelian menerusi laman web rasmi mereka.

 


Komen ()