Bulan lepas, Spotify hadir dengan aplikasi rasmi untuk Wear OS. Melaluinya, pengguna boleh mengawal pelbagai lagu, menguatkan audio, dan melakukan beberapa perkara lain. Kini, Spotify hadir dengan aplikasi untuk watchOS dengan fungsi yang terhad.
Pengguna Apple Watch yang ingin menggunakan aplikasi ini, hanya perlu mengemaskini aplikasi Spotify mereka kepada versi 8.4.79 yang sudah pun berada di App Store. Sayang sekali, fungsi aplikasi ini hanya untuk mengawal Spotify yang berada di dalam iPhone sahaja. Ia adalah seperti Spotify pada zaman Android Wear.
Nampaknya kali ini, Wear OS sedikit lebih maju ke hadapan berbanding watchOS. Mungkin kelak, Spotify akan hadir dengan versi penuh. Sama-sama kita nantikan.
- Muat Turun: Spotify Di App Store Untuk watchOS Di Sini