Cari @ Amanz

Hari demi hari, semakin banyak masalah Google Pixel 3 dilaporkan. Minggu lepas, masalah kepanasan dilaporkan ketika dicas secara nirwayar dan isu pengurusan RAM pula masih lagi belum selesai. Hari ini, pengguna melaporkan masalah mesej mereka terpadam dengan sendiri dan skrin berkelip tanpa sebab.

  • Info
  • Baca: Ulasan Google Pixel 3 XL Di Sini

Isu mesej terpadam ini mula terjadi selepas peranti dikemaskini kepada kemaskini tampalan sekuriti November. Sebaik sahaja peranti diboot semula, semua mesej pengguna terpadam. Tetapi masalah ini masih menjadi tanda tanya sama ada ia adalah masalah daripada aplikasi Message ataupun disebabkan kemaskini tadi.

Masalah skrin berkelip ini pula berkait dengan mod Ambient Display. Apabila mod ini dimatikan dan skrin peranti dikunci, sensor Ambient Light akan mengesan pergerakan dan skrin mula berkelip. Perkara ini terjadi kerana sensor ini mampu mengesan pergerakan seperti mengeluarkan peranti dari poket untuk memaparkan notifikasi. Disebabkan Ambient Display ini dimatikan, sensor ini seolah dipaksa untuk memaparkan sesuatu dan disebabkan itu skrin berkelip.

Disebabkan Google masih tidak boleh membaiki mana-mana Pixel 3/Pixel 3 XL yang rosak, jadi Google menawarkan penukaran peranti 1:1 bagi mereka yang mengalami masalah ini. Hari ini, selain daripada masalah ini dilaporkan – pengguna turut dipaksa menukar ke mod tema gelap apabila mod penjimatan bateri diaktifkan.

Sumber: [1], [2]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd