iOS tidak dinafikan adalah salah satu sistem operasi yang terbaik dan kurang masalah lengah masa. Sebab itu RAM yang kurang 4GB sudah mencukupi untuk peranti iOS. Tetapi, tiada sistem operasi yang benar-benar sempurna – kerana setiap sistem operasi pasti akan ada pepijat. Terkini, pengguna melaporkan akaun Apple ID mereka terkunci dengan sendiri dan disekat tanpa sebab dan Apple meminta pengguna menukar kata laluan.
Kebiasaannya, apabila akaun Apple ID dikunci atau disekat adalah kerana cubaan mengakses berulang kali atau lupa kata laluan. Tetapi isu yang berlaku ini adalah tanpa sebab dan secara rawak. Tidak pasti berapa ramai yang terkesan dengan isu ini, tetapi menurut 9to5Mac – isu ini tular di media sosial.
Jadi buat masa ini, jika pengguna terkesan dengan masalah ini – adalah digalakkan untuk ikuti sahaja arahan Apple dengan menukar kata laluan.