Cari @ Amanz

Butiran Samsung Galaxy S10 Tertiris – Mungkin Hadir Dengan Skrin Infinity-O

Link Copied!

Pada minggu lepas, Samsung telah mengumumkan rekaan skrin Infinity-U, Infinity-V dan Infinity-O. Selepas sekian lama ramai bangga dengan Samsung kerana berjaya hasilkan peranti yang bebas takuk, akhirnya Samsung tewas dan bakal hadir dengan peranti dengan skrin “bertakuk”.

Peranti pertama Samsung yang bakal menggunakan skrin Infinity-O ini adalah siri Samsung Galaxy S10. Semalam telah pun tertiris butiran mengenai Galaxy S10 Lite. Hari ini, @evleaks meniris butiran buat Galaxy S10 pula. Galaxy S10 dikatakan turut akan menggunakan skrin Infinity-O. Kemudian, Samsung dilaporkan akan menyertakan pengimbas cap jari dalam skrin jenis berbentuk ultrasonik, menggunakan kamera tri-lensa seperti Galaxy A7 (2018) dan juga akan menjalankan sistem One UI berasaskan Android Pie. Sebelum ini, Samsung Galaxy S10 juga dikatakan akan hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Sensor pengimbas cap jari yang digunakan ini mungkin adalah sensor yang telah dipatenkan sebelum ini. Tidak terkejut jika Samsung akan menggunakan sensor-sensor unik yang lain. Kerana sebelum ini, Samsung telah pun memperlihatkan pelbagai sensor yang boleh digunakan untuk peranti bebas takuk.

Samsung dijadualkan memperkenalkan peranti ini sekitar Februari 2019 kelak. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai peranti ini dalam bulan-bulan akan datang.


Komen ()