Menjadi lumrah kebanyakan insan yang tidak mudah berpuas hati dengan jawatan yang dipegang. Melakukan kerja yang sama saban hari boleh mematikan jiwa sehingga pekerja mengalami tekanan jiwa. Oleh itu mempelajari kemahiran baharu adalah perlu bagi memudahkan pekerja memanjat tangga kerjaya. Portal Learn With Facebook baru sahaja dilancarkan bagi memudahkan ini dilakukan secara percuma.
Pengguna Learn With Facebook boleh mempelajari kemahiran asas seperti tips menjalani temuduga dan kemahiran asas di pejabat. Turut ditawarkan ialah bagaimana mempelajari asas pemasaran atas talian yang kini adalah kemahiran yang perlu. Lebih banyak modul kemahiran akan ditambah di dalam Learn With Facebook dari semasa ke semasa.
Apabila dipadankan dengan fungsi Jobs yang diperkenalkan tahun lalu, ini dilihat sebagai langkah Facebook untuk bersaing dengan LinkedIn sebagai portal carian kerja utama dunia.